SEOUL, 16 September- Tiga individu yang berada di atas bot nelayan yang terbalik di perairan pantai barat Korea Selatan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital manakala lima yang lain berada dalam keadaan stabil, lapor agensi berita Yonhap pada Isnin
Menurut laporan Yonhap, tiga kematian itu termasuk dua warga Korea Selatan dan seorang warga Indonesia.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pagi Isnin dan mengarahkan menteri berkaitan serta ketua pengawal pantai untuk melakukan operasi menyelamat.
Sebelum ini Yonhap melaporkan Bot nelayan seberat 35 tan itu terbalik berhampiran bandar Gunsan di wilayah Jeolla Utara kira-kira pukul 7.36 pagi waktu tempatan.
Susulan kejadian itu sebuah helikopter dan kapal peronda dilancarkan untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat.- REUTERS
BERITA BERKAITAN: