fb fb fb fb fb

100 pekerja Samsung mogok, sertai bantahan gaji ditahan

Pekerja Samsung bercakap dengan ketua kesatuan mereka E. Muthukumar semasa mogok menuntut gaji lebih tinggi di kilang Sriperumbudurnya berhampiran bandar Chennai/ REUTERS

CHENNAI, 16 September- Polis India menahan kira-kira 100 pekerja dan pemimpin kesatuan mogok yang merancang perarakan tanpa kebenaran sebagai membantah pemberian gaji rendah di sebuah kilang Samsung Electronics di selatan India, kata pegawai polis.

Penahanan itu menandakan peningkatan mogok oleh pekerja di kilang Samsung berhampiran bandar Chennai di negeri Tamil Nadu.

Pekerja mahukan gaji lebih tinggi dan telah memboikot kerja selama tujuh hari. Berikutan itu ia telah mengganggu pengeluaran produk dari syarikat itu yang menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pendapatan tahunan India iaitu sebanyak $12 bilion.

Sementara itu seorang pegawai kanan polis daerah Kancheepuram, Sankar Ganesh, memberitahu Reuters melalui telefon berkata kira-kira 100 pekerja berada bawah "penahanan pencegahan".

Dalam pada itu seorang lagi pegawai polis yang tidak mahu dikenali berkata, penahanan itu dibuat kerana tiada kebenaran untuk mengadakan perarakan bantahan.

Namun Samsung tidak memberikan sebarang komen berhubung bantahan yang dilakukan dan syarikat berkenaan tidak berminat untuk mengiktiraf mana-mana kesatuan yang disokong oleh kumpulan buruh luar.

Pekerja telah mengadakan bantahan di khemah sementara berhampiran kilang itu sejak seminggu lalu.

Rata-ratanya menuntut gaji yang lebih tinggi, waktu kerja lebih baik serta mendapatkan pengiktirafan untuk kesatuan pekerja Samsung disokong kumpulan buruh Pusat Kesatuan Sekerja India (CITU).

Ketua kesatuan CITU A. Jenitan memberitahu Reuters bahawa polis turut menahan seorang daripada pemimpin kanan mereka, E. Muthukumar, yang mengetuai protes berkenaan.

"Pekerja telah diminta kembali ke khemah (mogok)," katanya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI