fb fb fb fb fb

Bot nelayan terbalik, lapan individu diselamatkan

Foto hiasan

SEOUL, 16 September- Lapan individu berada di atas bot nelayan yang terbalik di perairan pantai barat Korea Selatan telah diselamatkan, lapor agensi berita Yonhap pada Isnin.

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pagi Isnin dan mengarahkan menteri terlibat serta ketua pengawal pantai untuk melakukan operasi menyelamat, kata pejabatnya.

Sebelum ini Yonhap melaporkan bot nelayan seberat 35 tan itu terbalik berhampiran bandar Gunsan di wilayah Jeolla Utara kira-kira pukul 7.36 pagi waktu tempatan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI