fb fb fb fb fb

Tiga brigadier jeneral Myanmar dijatuhi hukuman mati kerana menyerahkan bandar tentera

Ratusan tentera menyerah diri di Laukka pada Januari lalu berikutan pertempuran selama berbulan-bulan/ AFP

YANGON, 19 Februari- Junta Myanmar menjatuhkan hukuman mati kepada tiga Brigadier Jeneral yang menyerah diri bersama ratusan tentera kerana menyerahkan sebuah bandar strategik di sempadan China kepada pejuang etnik minoriti bulan lalu, sumber tentera memberitahu AFP hari ini.

"Tiga Brigadier Jeneral termasuk komander bandar Laukkai telah dijatuhkan hukuman mati," kata sumber berkenaan.

Ratusan tentera menyerah diri di Laukka pada Januari lalu berikutan pertempuran selama berbulan-bulan.

Penyerahan itu adalah salah satu kerugian terbesar bagi tentera sejak beberapa dekad sehingga mencetuskan kritikan awam yang jarang berlaku terhadap junta oleh penyokongnya ketika ia bergelut untuk menumpaskan pembangkang terhadap rampasan kuasa 2021.

Selepas penyerahan itu, pegawai dan tentera mereka dibenarkan meninggalkan kawasan itu.

Kedua-dua sumber yang dihubungi AFP tidak memberikan butiran mengenai bila keputusan itu telah diberikan.

Di bawah undang-undang tentera Myanmar, meninggalkan jawatan tanpa kebenaran boleh dihukum dengan hukuman mati. - AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI