fb fb fb fb fb

Warga Mongolia ditahan cuba seludup haiwan dari Thailand

FOTO AFP

BANGKOK, 19 Februari- Seorang lelaki Mongolia telah ditahan di lapangan terbang utama Thailand kerana didakwa cuba menyeludup komodo, ular sawa, kura-kura dan 24 ikan hidup ke luar negara, kata pihak berkuasa hari ini.

Menurut jurucakap jabatan kastam, Phantong Loykulnanta, lelaki itu ditahan pada Sabtu selepas pegawai menggeledah bagasi yang telah diperiksa untuk penerbangan dari lapangan terbang Suvarnabhumi, Bangkok ke ibu negara Mongoli, Ulaanbaatar.

Hasil carian mendapati dua ekor komodo, enam kura-kura bintang India, lapan iguana, lima ular sawa, seekor 'boa constrictor' dan 24 ikan hidup.

Pihak berkuasa mendakwa lelaki itu kerana menyeludup haiwan yang dilindungi, kata jabatan kastam.

Thailand ialah hab transit utama bagi penyeludup hidupan liar, yang sering menjual haiwan itu ke China dan Vietnam.

Oktober lalu, seorang pekerja di Lapangan Terbang Suvarnabhumi diberhentikan selepas seorang penumpang menyeludup lebih 30 haiwan hidup ke dalam penerbangan ke Taiwan. -AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI