BRAZIL, 20 Februari- Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva mengecam tindakan kejam ketenteraan Israel di Gaza sama dengan Holocaust. Tindakan itu mencetuskan perang diplomatik kedua-dua negara, dengan Brazil memanggil balik dutanya pada Isnin dan Israel mengisytiharkan Lula sebagai "persona non grata."
Perbalahan itu tercetus apabila Lula berkata konflik yang sedang berlaku di Gaza "bukan perang, ia adalah pembunuhan beramai-ramai," dan membandingkannya dengan kejadian "ketika Hitler membunuh orang Yahudi."
Kerajaan Brazil telah memanggil dutanya untuk pertemuan dengan Menteri Luar Israel Katz di pusat peringatan Holocaust Yad Vashem di Baitulmaqdis pada Isnin.
"Dia persona non grata di negara Israel selagi dia tidak menarik balik kenyataannya dan meminta maaf," kata Katz mengenai Lula.
Duta Brazil akan berlepas dari Tel Aviv pada Selasa, katanya dalam satu kenyataan.- AFP