fb fb fb fb fb

Kim Jong Un terima hadiah daripada Putin - KCNA

Kim Jong Un (kiri) dan Vladimir Putin/ REUTERS

SEOUL, 20 Februari- Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un telah menerima sebuah kereta daripada Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai hadiah "untuk kegunaan peribadinya," lapor media rasmi pada Selasa.

Kedua-dua negara menjalin hubungan lebih erat sejak Kim dan Putin bertemu pada September dan berjanji untuk menggalakkan pertukaran di semua kawasan ketika pengasingan antarabangsa semakin meningkat berikutan perang Rusia di Ukraine.

Kereta buatan Rusia itu dihantar kepada pembantu utama Kim oleh pihak Rusia pada 18 Februari, kata agensi berita rasmi KCNA.

Kakak Kim "menyampaikan ucapan terima kasih Kim Jong Un kepada Putin dan Rusia, dengan mengatakan bahawa hadiah itu simbolik kepada hubungan rapat antara pemimpin tertinggi," kata KCNA.

Pada September, semasa melawat stesen pelancaran angkasa lepas di Rusia, Kim memandu sendiri limosin yang dibawa menaiki kereta api khas dari Pyongyang ke tapak itu.

Kenderaan itu dan lain-lain yang dilihatnya termasuk beberapa limosin Mercedes, Rolls-Royce Phantom dan kenderaan utiliti sukan Lexus berada bawah barangan mewah diharamkan daripada eksport ke Korea Utara oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Namun pertukaran antara kedua-dua negara semakin aktif dan Korea Utara dipercayai membekalkan artileri, roket dan peluru berpandu balistik ke Rusia untuk digunakan dalam perang menentang Ukraine.

Kremlin tidak menafikan mahupun mengesahkan penggunaan senjata buatan Korea Utara.

Bagaimanapun Korea Utara menafikan tuduhan berkenaan penghantaran senjata ke Rusia, yang juga melanggar sekatan PBB.

Pada Selasa, KCNA secara berasingan melaporkan bahawa delegasi pegawai parti pemerintah Korea Utara kembali dari Rusia.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI