RIYADH, 23 Mac- Berkuat kuasa serta merta, sijil pengesahan vaksinasi tidak lagi diperlukan untuk masuk ke Arab Saudi.
Semua sekatan kesihatan yang dikuat kuasakan sebelum ini juga dibatalkan.
Perkara tersebut diumum Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
"Selain sijil vaksinasi, pengembara juga tidak perlu mengemukakan bukti ujian PCR atau RTK.
Mereka juga tidak lagi dikehendaki menjalani kuarantin di mana-mana pusat kuarantin atau rumah," katanya.
(Foto AFP)
Menurut kementerian, keputusan itu dibuat susulan penurunan ketara jumlah kes COVID-19 di negara itu yang kini hanya merekodkan empat peratus jangkitan.
Ia turut disumbang kadar vaksinasi tinggi iaitu 99 peratus. -AFP