fb fb fb fb fb

Filipina siap sedia hadapi ribut tropika Fung-wong selepas dihentam Taufan Kalmaegi

FOTO REUTERS

MANILA, 7 November - Pihak berkuasa Filipina meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi ribut tropika Fung-wong yang dijangka melanda hanya beberapa hari selepas negara itu dilanda Taufan Kalmaegi.

Data radar cuaca menunjukkan Fung-wong kini berada di perairan timur Filipina pada Jumaat dan dijangka menguat menjadi taufan kuat sebelum membadai kawasan utara negara itu antara malam Ahad atau awal pagi Isnin.

Pihak berkuasa penerbangan awam Filipina turut meletakkan semua pusat kawalan udara dan operasi lapangan terbang dalam keadaan berjaga-jaga susulan amaran cuaca berkenaan.

Taufan Fung-wong dijangka membawa hujan lebat serta angin kencang yang boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa wilayah utara.

Ribut tersebut hadir hanya beberapa hari selepas Taufan Kalmaegi melanda negara itu awal minggu ini, mengakibatkan 135 orang hilang dan 96 lagi cedera.

Kalmaegi merupakan taufan ke-13 yang terbentuk di Laut China Selatan tahun ini.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE