fb fb fb fb fb

OIC gesa negara anggota bersatu lawan penindasan Israel terhadap Palestin

NEW DELHI, 23 Mac- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa negara anggota bersatu melawan penindasan berterusan Israel terhadap Palestin.

Badan itu juga mahu negara haram terbabit menamatkan polisi yang melanggar hak asasi manusia.

Gesaan dibuat Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha.


(Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha, kanan, ketika hadir sesi ke-48 Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC di Islamabad / Foto REUTERS)

Beliau menggesa Israel menamatkan dasar mengenai penempatan haram dan menghentikan serangan ke atas pusat tumpuan umat Islam, termasuk Masjid Al Aqsa.

"Rejim zionis itu melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin, merampas tanah, melakukan penahanan sewenang-wenangnya, aparteid dan pembersihan etnik.

Tindakan terbabit secara jelas melanggar undang-undang, perjanjian dan resolusi," katanya ketika berucap pada sesi ke-48 Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC di Islamabad. -AFP

 

Media Baharu