fb fb fb fb fb

Tiada warganegara Malaysia terkorban dalam insiden rempuhan Itaewon

(Pihak polis berkawal di tempat kejadian insiden rempuhan di daerah Itaewon, Korea Selatan/AFP)

KUALA LUMPUR, 2 November - Kementerian Luar mengesahkan sehingga kini, tiada warganegara Malaysia dilaporkan terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Korea Selatan pada Sabtu lepas.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bagaimana pun berkata seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan cedera dalam insiden itu menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul dan kini berada dalam keadaan stabil.

Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubungi beliau bagi mendapatkan perkembangan terkini dengan menghulurkan bantuan konsular termasuk memudahcara urusan perjalanan ibu dan bapa beliau ke Korea.

(Pihak polis berkawal di tempat kejadian insiden rempuhan di daerah Itaewon, Korea Selatan/AFP)

Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus memantau insiden itu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden berkenaan dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul.

Media Baharu