fb fb fb fb fb

Lima ekor singa Afrika terlepas dari kandang di Zoo Taronga, Sydney

(Penggera kecemasan dibunyikan di seluruh zoo, manakala lokasi tarikan pelancong itu ditutup
sementara waktu sehingga singa berjaya dikesan/ REUTERS)

SYDNEY, 2 November - Lima ekor singa Afrika terlepas dari kandang di Zoo Taronga, Sydney, sehingga mendorong pihak zoo mengeluarkan amaran 'kod satu' dan polis terpaksa membuat sekatan pergerakan kecemasan.

Penggera kecemasan dibunyikan di seluruh zoo, manakala lokasi tarikan pelancong itu ditutup sementara waktu sehingga singa berjaya dikesan.

Rakaman video menunjukkan singa jantan bernama Ato dan empat anak singa berada di luar kandang pada pukul 6.30 pagi.

Pihak zoo menyatakan respons kecemasan taman dihidupkan kurang 10 minit selepas singa-singa itu terlepas daripada kawasan utama pameran.


(Salah seekor anak singa ditangkap selepas ditembak dengan ubat pelali manakala baki empat
kembali ke kandang dengan sendirinya/ REUTERS)

Salah seekor anak singa ditangkap selepas ditembak dengan ubat pelali manakala baki empat kembali ke kandang dengan sendirinya.

Haiwan itu disahkan kembali ke kandang pada pukul 9.00 pagi waktu tempatan.

Pengarah eksekutif Zoo Taronga, Simon Duffy memaklumkan ia adalah insiden kecemasan dan semakan lanjut kini sedang dijalankan untuk mengesan punca bagaimana haiwan itu boleh terlepas dari kawasan kurungan.

Zoo Taronga terletak di kawasan perbandaran mewah dengan pemandangan Sydney Opera House dan jambatan di pelabuhan. -REUTERS

Media Baharu