fb fb fb fb fb

Elon Musk cadang yuran 8 dolar AS sebulan untuk akaun 'blue tick' Twitter

(Jutawan teknologi Amerika, Elon Musk/AFP)

SAN FRANCISCO, 2 November - Jutawan teknologi Amerika, Elon Musk mencadangkan bayaran 8 dolar Amerika Syarikat (AS) sebulan dikenakan bagi akaun 'blue tick' Twitter, pada Selasa.

Beliau berkata yuran langganan itu "diselaraskan mengikut negara yang berkadar dengan kuasa beli."

Mengulas lanjut, Musk berkata pengguna akan mendapat keutamaan dalam balasan, sebutan dan carian, yang menurutnya penting untuk mencegah 'spam' dan penipuan.

Pemilik tanda itu juga akan mempunyai keupayaan untuk menyiarkan video dan audio yang panjang dan hanya melihat separuh daripada iklan yang banyak disiarkan.

(Elon Musk mencadangkan bayaran 8 dolar AS sebulan dikenakan bagi akaun 'blue tick' Twitter/AFP)

Ia juga akan mempunyai "laluan untuk melepasi paywall untuk penerbit yang sedia bekerjasama dengan aplikasi itu".

Musk pada mulanya menghadapi kritikan kerana rancangannya untuk mengenakan bayaran 20 dolar AS sebulan kepada pengguna untuk mendapatkan atau menyimpan akaun yang disahkan.

Musk belum lagi memperincikan rancangan tepat untuk visi Twitternya.

Namun beliau dijangka melonggarkan peraturan penyederhanaan serta mengurangkan kakitangan syarikat secara menyeluruh.

Media Baharu