fb fb fb fb fb

Bolsonaro tidak iktiraf keputusan Pilihan Raya Presiden Brazil

(Jair Bolsonaro kalah dalam pilihan raya umum Brazil dengan memperolehi 49.1 peratus
undian berbanding Lula Da Silva 50.9 peratus/AFP) 

BRASILIA, 2 November - Jair Bolsonaro yang kalah tipis kepada pemimpin parti berhaluan kiri, Lula da Silva pada Pilihan Raya Presiden Brazil tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya tersebut.

Bolsonaro secara terbuka berulang kali mempersoalkan sistem pilihan raya negara itu dengan mendakwa mesin pengundian elektronik terdedah kepada penipuan.

Biarpun galak melemparkan pelbagai tuduhan, beliau bagaimana pun tidak pernah mengemukakan sebarang bukti walau pun diarahkan berbuat demikian oleh mahkamah pilihan raya.

Keadaan itu telah menyebabkan ramai penganalisis politik memberi amaran bahawa Bolsonaro bakal menolak keputusan pilihan raya kali ini.

Walaupun kalah tipis, Bolsonaro berkata beliau akan terus patuh terhadap keluhuran perlembagaan undang-undang negara.

Selepas ucapan pertama Bolsonaro sejak keputusan dikeluarkan dua hari lalu, ketua kakitangan pilihan raya, Ciro Nogueira memberitahu bahawa bekas presiden itu telah memberi kuasa kepadanya untuk memulakan proses peralihan pentadbiran.

Bolsonaro, penyandang kanan sayap kanan parti, kalah dalam pilihan raya umum Brazil pada Ahad dengan memperolehi 49.1 peratus undian berbanding Da Silva 50.9 peratus.

Ia adalah pertandingan presiden paling sengit sejak Brazil kembali kepada demokrasi pada tahun 1985 dan menandakan kali pertama Bolsonaro tewas dalam karier politiknya selama 34 tahun.


(Penyokong Jair Bolsonaro berdemonstrasi semasa mengadakan sekatan di lebuh raya Castelo Branco,
di pinggir Sao Paulo, Brazil, pada 1 November 2022/ AFP)


Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa Brazil menggesan bantahan keputusan pilihan raya oleh kumpulan pemandu trak dihentikan segera.

Ia selepas tindakan tersebut mencetuskan pelbagai gangguan melibatkan pengedaran bahan api, pengeluaran daging dan keupayaan untuk menghantar bijirin ke pelabuhan.

Bantahan sejak 30 Oktober itu selepas kekalahan Bolsonaro menyebabkan ekonomi Brazil terjejas berikutan berlaku halangan di beberapa lebuh raya utama.

Biarpun Bolsonaro dilihat turut mempertikaikan keputusan pilihan raya tersebut, beliau dilihat tidak menghalang proses peralihan kepada kerajaan baharu da Silva.

Beliau juga menyeru penunjuk perasaan harus mengelak daripada memusnahkan harta benda awam dan pergerakan orang ramai namun tiada nasihat diberikan agar protes dihentikan. -REUTERS

Media Baharu