fb fb fb fb fb

Tiada rancangan pemindahan tambahan rakyat Rusia dari Gaza

67 rakyat Rusia masih berada di Semenanjung Gaza / Foto AFP

MOSCOW, 23 Ogos – Rusia buat masa ini tidak merancang sebarang langkah pemindahan tambahan rakyatnya dari Semenanjung Gaza, menurut kenyataan Kementerian Luar Rusia.

“Tiada langkah pemindahan khas tambahan yang dirancang,” jelas kementerian itu ketika diminta mengulas mengenai keadaan rakyat Rusia yang masih berada di wilayah bergolak tersebut.

Namun begitu, pihak kementerian memberi jaminan bahawa diplomat Rusia tetap bersedia membantu urusan pemindahan warganegara mereka dari Gaza dengan selamat serta menyelaras kepulangan mereka ke tanah air.

“Apabila diperlukan, kami bersedia untuk membantu menyelaras dengan pihak Israel berkaitan isu-isu praktikal bagi mengatur pemindahan rakyat kami secara selamat, termasuk transit melalui wilayah Israel ke Jordan dan seterusnya ke Rusia,” kata kenyataan itu lagi.

Setakat ini, seramai 67 rakyat Rusia dan ahli keluarga terdekat mereka dilaporkan masih berada di Semenanjung Gaza. - BERNAMA

HASRON BIN HASSAN