fb fb fb fb fb

Israel terus lancar serangan, letupan kuat gegar Gaza

Foto AFP

GAZA, 23 Ogos – Penduduk di Gaza dikejutkan dengan letupan kuat dan kepulan asap tebal yang kelihatan pada Sabtu, susulan serangan terbaharu yang dilancarkan oleh tentera Israel.

Insiden itu berlaku tiga hari selepas tentera Israel mengumumkan fasa pertama operasi bagi mengambil alih kota Gaza, sekali gus menunjukkan rancangan untuk menguasai pusat bandar terbesar di wilayah tersebut tetap diteruskan meskipun menerima kecaman daripada komuniti antarabangsa.

Operasi ketenteraan berterusan itu dijangka mengakibatkan lebih ramai penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal, selain memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza.

Sejak konflik tercetus, kempen ketenteraan Israel telah menyebabkan kemusnahan di seluruh Gaza yang didiami kira-kira 2.3 juta penduduk.

Banyak bangunan termasuk rumah, sekolah dan masjid telah musnah.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN