KAHERAH, 30 Jun-Salah seorang pegawai tertinggi pasukan pejuang Hamas,Osma Hamdan berkata tiada sebarang kemajuan berhubung rundingan gencatan senjata dengan Israel terhadap perang di Gaza.
Sebaliknya, kumpulan pejuang itu untuk bersetuju dengan sebarang cadangan gencatan senjata yang memungkinkan berakhirnya perang di Gaza.
Usaha yang dilakukan oleh pasukan perantara Negara Arab disokong oleh Amerika Syarikat (AS) setakat ini gagal memuktamadkan gencatan senjata dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain berhubung kemelut berkenaan.
Hamas berkata sebarang perjanjian gencatan senjata mesti menamatkan perang dan membawa kepada pengunduran sepenuhnya Israel dari Gaza.
Manakala Israel berkata ia hanya akan menerima pemberhentian sementara dalam pertempuran sehingga Hamas, yang telah memerintah Gaza sejak 2007, dihapuskan.
Hamdan turut menyalahkan AS kerena meletakkan tekanan terhadap Hamas bagi menerima syarat-syarat yang dikemukakan Israel.
Sekali lagi, Hamas bersedia untuk menangani secara positif mana-mana cadangan yang menjamin gencatan senjata kekal, penarikan menyeluruh dari Semenanjung Gaza dan perjanjian pertukaran yang serius," kata Hamdan, merujuk kepada pertukaran tebusan iaitu rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 38,000 penduduk Palestin telah dibunuh Isreal setakat ini.-REUTERS