fb fb fb fb fb

Tiada isu kekurangan ubat penurunan berat badan Wegovy di Denmark

FOTO REUTERS

COPENHAGEN, 15 Mei -Syarikat farmaseutikal multinasional Denmark, Novo Nordisk tidak menjangkakan permintaan terhadap ubat penurunan berat badan Wegovy di negara itu meningkat meskipun terdapat amaran daripada Agensi Ubat Denmark.

Pengawal selia Denmark pada Isnin mengeluarkan dua kenyataan menyatakan, Denmark berdepan kekurangan pen suntikan Wegovy Flextouch 1mg dari akhir Mei sehingga pertengahan Jun dan pen suntikan Wegovy Flextouch 0.5 mg antara pertengahan Jun dan pertengahan Julai.

Dalam kedua-dua kes tersebut, jangkaan kekurangan adalah disebabkan peningkatan permintaan, kata agensi ubat itu.

"Novo Nordisk mengalami permintaan tinggi untuk Wegovy, yang boleh mengakibatkan pesanan backorders (pesanan tidak dapat dipenuhi kerana stok belum tersedia) secara berkala untuk pelbagai dos produk di Denmark," menurut Novo Nordisk dalam satu kenyataan kepada Reuters.

"Dalam kes Wegovy FlexTouch 1.0 mg dan 0.5 mg, pengumuman daripada Agensi Ubat Denmark tidak lagi menjadi perkara baharu atau terkini," katanya.

Wegovy diberikan melalui suntikan mingguan dan diklasifikasikan dalam kumpulan ubat dikenali sebagai agonis GLP-1; pada asalnya dicipta untuk merawat diabetes tahap dua.

Suntikan Wegovy mingguan bermula pada 0.25 mg bahan aktif semaglutide dan secara beransur-ansur meningkat kepada dos penyelenggaraan 2.4 mg.

Novo yang mengalami kekurangan bekalan ubat disebabkan peningkatan permintaan pengguna, menjelaskan semua dos tersedia dan boleh didapati di Denmark - REUTERS

TETITIA YUSOFF