fb fb fb fb fb

Pencarian 35 individu hilang dalam banjir kilat di Sumatera diteruskan

FOTO REUTERS

JAKARTA, 15 Mei - Pencarian 35 individu yang masih hilang akibat banjir kilat dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Barat, Indonesia diteruskan pada Rabu, kata pihak berkuasa.

Angka kematian akibat bencana hujung minggu itu meningkat kepada 58 orang.

Aliran lava sejuk dari Gunung Merapi itu telah mengakibatkan lebih 20 individu terbunuh selepas meletus pada Disember.

Selepas kejadian berkenaan beberapa siri letusan menyusul di gunung berapi yang paling aktif di Sumatera itu.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) akan menumpukan usaha mencari mangsa yang hilang di kawasan berhampiran sungai selain melakukan pembersihan jalan utama daripada batu besar, serpihan, lumpur yang dibawa banjir.

Ketua BNPB Suharyanto dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat pada petang Sabtu mencetuskan banjir kilat, tanah runtuh dan aliran lava sejuk.

Ia mempunyai campuran abu gunung berapi, serpihan batu dan air seperti lumpur melanda di tiga daerah dan satu bandar di wilayah Sumatera Barat.

Video yang dikongsi BNPB menunjukkan kayu balak, batu dan lumpur bertaburan di jalan raya di daerah Tanah Datar, dengan beberapa jambatan dan rumah runtuh.

Penduduk tempatan dibantu pegawai penyelamat polis dan tentera sedang membersihkan rumah dan masjid daripada lumpur. Beberapa penempatan, jengkaut telah dikerahkan untuk mengalihkan batu dan pokok besar.

Sekurang-kurangnya 249 rumah, 225 hektar (556 ekar) tanah termasuk sawah padi, 19 jambatan dan kebanyakan jalan utama rosak di tiga daerah dan sebuah bandar.

Agensi Meteorologi Indonesia (BMKG) berkata, agensi itu menjangkakan hujan lebat pada minggu depan di Sumatera Barat berikutan 'pembenihan awan'.- REUTERS

TETITIA YUSOFF