fb fb fb fb fb

Tiada bukti Ukraine salah guna bantuan

(Gambar diambil pada 27 Februari 2023, menunjukkan bangunan kediaman
yang rosak dan terbakar ketika bunyi tembakan berterusan di Bakhmut,
di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine/Foto AFP)

WASHINGTON, 1 Mac- Tiada bukti Ukraine menyalahgunakan berpuluh bilion nilai bantuan yang disalurkan sejak perang dengan Rusia tercetus.

Demikian ditegaskan Penasihat Kanan Dasar Pentagon, Colin Kahl.

(Colin Kahl/Foto fail Reuters)

Jelas beliau maklumat diperolehi menunjukkan Kiev menggunakan bantuan secara bertanggungjawab.

Tiada salah guna dana dilaporkan berlaku, termasuk penjualan senjata di pasaran gelap.

Katanya, semua bantuan juga bawah pengawasan tertinggi Amerika Syarikat.

"Tiada bukti bahawa Ukraine mengalihkannya ke pasaran gelap.

"Itu tidak menghairankan memandangkan intensiti pertarungan dan fakta bahawa mereka jelas menggunakan apa yang kami sediakan kepada mereka, dan apa yang sekutu dan rakan kongsi kami berikan kepada mereka untuk kesan maksimum," kata Kahl.

Sehingga kini, lebih AS$50 bilion telah diterima Ukraine sejak krisis berlaku, lebih separuh daripadanya disediakan Amerika.-AFP

Media Baharu