fb fb fb fb fb

10 rumah tertimbus, tanah runtuh di Peru

(Tangkap layar saat lumpur menuruni cerun dan menyebabkan pokok serta rumah tumbang/Reuters)

SIVIA, AYACUCHO, 1 Mac- Sekurang-kurangnya sepuluh buah rumah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tengah Peru, pada Ahad.

Kejadian turut memusnahkan banyak tanaman.

Menurut media tempatan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan penduduk terlibat telah dipindahkan.

"Sekurang-kurangnya sepuluh keluarga kehilangan tempat tinggal akibat kejadian itu dan banyak kebun tanaman rosak," katanya.

Rakaman oleh seorang saksi turut menunjukkan saat lumpur menuruni cerun dan menyebabkan pokok serta rumah tumbang.

"Rumah anak saudara saya ada di sini dan ada rumah lain di atas sana. Tanah runtuh meliputi semuanya, anda tidak dapat melihat apa-apa," kata seorang mangsa terlibat.-REUTERS

(Keadaan di lokasi kejadian/Reuters)

Media Baharu