fb fb fb fb fb

Bekas Menteri Luar Jerman, Baerbock ketuai Perhimpunan Agung PBB

Baerbock / REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 3 Jun- Bekas Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock dipilih sebagai Presiden sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), pada Isnin.

Ini meskipun mendapat tentangan hebat daripada Rusia.

"Sebagai Presiden Perhimpunan Agung, saya akan terlibat dalam dialog berasaskan kepercayaan dengan semua negara anggota.

"Pintu saya akan sentiasa terbuka untuk semua orang," kata Baerbrock.

Terdahulu, dalam undian rahsia yang dilakukan, Baerbock menerima 167 undi memihak kepadanya, 14 negara berkecuali, dan tujuh mengundi diplomat Jerman, Helga Schmid.

Menurut sumber diplomatik kepada AFP, Rusia yang menentang pencalonan Baerbock, telah meminta untuk diadakan undian rahsia.

Baerbock muncul sebagai calon hanya pada Mac ketika beliau hampir berundur sebagai Menteri Luar selepas pilihan raya parlimen pada Februari di Jerman. -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID