fb fb fb fb fb

Rempuhan perarakan penyokong Liverpool: 4 mangsa masih di hospital

Perkhidmatan kecemasan di tempat kejadian selepas orang ramai dilanggar sebuah kereta semasa Perarakan Kemenangan Liverpool / REUTERS

LONDON, 3 Jun- Empat individu masih berada di hospital selepas kejadian seorang pemandu kereta merempuh orang ramai yang sedang meraikan kejayaan Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perkara itu dinyatakan pihak polis tempatan.

Menurut Detektif Superintendan Rachel Wilson, kejadian itu juga menyebabkan jumlah kecederaan meningkat kepada 109 orang, berbanding hanya 79 sebelum ini.

"Kes masih disiasat termasuk menilai jumlah mangsa yang cedera," katanya.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 53 tahun didakwa di mahkamah atas tujuh pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya dan menyebabkan kecederaan parah dengan niat.

Ketika kejadian kelihatan penyokong Liverpool meraikan kejayaan kelab mereka namun kegembiraan bertukar menjadi insiden ngeri. -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID