fb fb fb fb fb

Erdogan cadangkan pertemuan Putin-Zelensky-Trump di Turkiye

Recep Tayyip Erdogan / REUTERS

ANGKARA, 3 Jun- Turkiye sekali lagi menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah pertemuan antara pemimpin Amerika Syarikat, Rusia dengan Ukraine dalam usaha untuk menamatkan perang di Kyiv.

Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

"Hasrat terbesar saya untuk kedua-dua belah pihak adalah untuk mempertemukan Vladimir Putin (Presiden Rusia) dan Volodymyr Zelensky (Presiden Ukraine) di Istanul atau Ankara.

"Dan jika kedua-dua mereka bersetuju, kita juga akan membawa Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat) di Istanbul," kata Erdogan.

Menurut beliau, Turkiye akan mengambil langkah-langkah untuk memudahkan pertemuan tersebut.

Ia susulan rundingan langsung antara Rusia dengan Ukraine yang telah berlangsung di Istanbul pada Isnin.

"Adalah satu kejayaan bahawa pertemuan tetap berlaku walaupun selepas insiden semalam," katanya sambil memuji rundingan itu sebagai "hebat".

Terdahulu, Ukraine melancarkan salah satu serangan dengan dron ke atas wilayah Rusia, menyasarkan puluhan pengebom strategik di pangkalan tentera jauh di dalam negara itu. -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID