NEW DELHI, 3 Jun- Tiga anggota tentera terkorban manakala enam lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang berlaku di timur laut India.
Banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku akibat hujan monsun tahunan turut mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang di negeri-negeri timur laut India sepanjang minggu lalu.
Menurut kenyataan pihak tentera India, tanah runtuh yang mengorbankan anggota tentera itu berlaku pada petang Ahad di negeri pergunungan Sikkim, yang bersempadan dengan Nepal dan China.
Ia juga menempatkan kehadiran tentera yang besar.
"Tanah runtuh besar-besaran, yang dicetuskan oleh hujan lebat, melanda kem tentera sekitar waktu senja pada hari Ahad," demikian menurut kenyataan tersebut.
Tentera turut menyiarkan gambar kejadian di media sosial yang menunjukkan kawasan tanah menimbus separuh sebuah bangunan dan meninggalkan rekahan besar berlumpur di cerun bukit.
Dilaporkan, semasa musim monsun, banjir kilat adalah perkara biasa yang berlaku pada Jun dan berakhir menjelang akhir September. -AFP