JABALIA, 2 Jun- Sekurang-kuranganya 14 orang terkorban selepas Israel menyerang sebuah rumah yang terletak di bandar utara, di sini pada Isnin.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Bassal.
"Jumlah penduduk yang syahid dalam serangan yang menyasarkan rumah keluarga Al-Bursh meningkat kepada 14.
"Ini termasuk enam kanak-kanak dan tiga wanita, selain lebih 20 individu yang hilang masih berada di bawah runtuhan,” kata Bassal kepada AFP. -AFP