fb fb fb fb fb

Tiada apa-apa keuntungan daripada senjata nuklear Korea Utara

SEOUL, 11 Oktober- Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menyifatkan Korea Utara tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada senjata nuklear kerana negara terpencil itu berusaha meningkatkan keupayaannya untuk menyerang jirannya di selatan.

"Korea Utara sedang memajukan pembangunan nuklearnya dan mengancam bukan sahaja Republik Korea tetapi dunia.

Saya percaya ia tiada apa-apa keuntungan daripada senjata nuklear," katanya.

(Yoon Suk-yeol, Presiden Korea Selatan / Foto REUTERS)

Pada Isnin, media Pyongyang memaklumkan, pemimpin Kim Jong Un telah membimbing latihan taktikal nuklear yang menyasarkan Korea Selatan sejak dua minggu lalu.

Ia sebagai protes terhadap latihan tentera laut baru-baru ini yang dijalankan secara bersama oleh tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) yang melibatkan kapal pengangkut pesawat.-REUTERS

Media Baharu