fb fb fb fb fb

Beruang pun 'nak pandu kereta'

KANADA, 11 Oktober- Padah meninggalkan kereta dalam keadaan tidak berkunci menyebabkan seorang wanita tergamam.

Seekor beruang besar dirakam membuka pintu kereta, masuk ke dalam dan duduk di tempat pemandu.

Rakaman video menunjukkan pemandu wanita berkenaan terus panik dan berlari menuju ke arah kenderaan miliknya.

(Tangkap layar video memaparkan seekor beruang membuka pintu kereta
yang ditinggalkan tidak berkunci oleh pemiliknya / Video Reddit)

Namun, cara wanita itu menghalau dan meminta haiwan besar itu supaya beredar dari kereta menarik perhatian netizen.

Dia dikatakan melayan beruang berkenaan seperti haiwan peliharaan kecil.

Selepas dimarahi, beruang itu terus keluar dari kereta dan beredar meninggalkan kawasan tersebut.-Reddit

Media Baharu