fb fb fb fb fb

Thaksin Shinawatra bebas tuduhan hina institusi diraja

Foto REUTERS

BANGKOK, 22 Ogos - Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada Jumaat meninggalkan Mahkamah Jenayah selepas dibebaskan daripada kes berprofil tinggi yang menuduhnya menghina institusi diraja.

Mahkamah Thailand pada Jumaat mengesahkan kes penghinaan diraja terhadap Thaksin ditolak kerana kekurangan bukti untuk mensabitkan kesalahan.

Kes itu dibawa oleh tentera pro-diraja yang mendakwa Thaksin melanggar undang-undang lese-majeste Thailand susulan temu bual bersama media asing pada 2015 ketika beliau dalam buangan sukarela.

Thaksin, menafikan sebarang salah laku tersebut.

Beliau berulang kali menegaskan kesetiaan kepada Raja Thailand, yang termaktub dalam perlembagaan sebagai “dihormati dan dipuja”, manakala istana dianggap suci oleh penyokong diraja.

Walaupun sudah bersara dan pernah menghabiskan 15 tahun dalam buangan sebelum pulang ke Thailand pada 2023, jutawan yang sering mencetuskan perdebatan itu masih dilihat sebagai tokoh berpengaruh dalam politik negara. -REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM