KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Google menandatangani perjanjian pengkomputeran awan selama enam tahun dengan Meta Platforms (Meta) bernilai lebih AS$10 bilion.
Menerusi perjanjian itu, Meta akan menggunakan pelayan, storan, rangkaian serta perkhidmatan lain milik Google Cloud.
Google dan Meta bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perjanjian berkenaan yang kali pertama dilaporkan oleh 'The Information'.
Langkah itu dibuat selepas Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, pada Julai lalu memaklumkan syarikatnya akan membelanjakan ratusan bilion dolar untuk membangunkan beberapa pusat data kecerdasan buatan berskala besar. -REUTERS