fb fb fb fb fb

Nasib Thaksin Shinawatra ditentukan mahkamah Thailand hari ini

Thaksin Shinawatra / Foto REUTERS

BANGKOK, 22 Ogos - Nasib bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, yang berdepan dakwaan menghina institusi diraja, bakal ditentukan mahkamah jenayah Thailand hari ini.

Thaksin yang telah bersara, masih berpengaruh dalam politik Thailand dan kini berdepan tuduhan di bawah undang-undang lese-majeste yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Beliau menafikan sebarang salah laku serta menegaskan kesetiaan kepada Raja Thailand.

Pendakwaan itu berpunca daripada aduan tentera pro-diraja yang pernah menggulingkannya pada 2006 dan adiknya, Yingluck Shinawatra, pada 2014.

Kes berprofil tinggi itu paling mendapat perhatian daripada lebih 280 pendakwaan di bawah undang-undang berkenaan, yang menurut aktivis sering digunakan untuk mengekang bantahan politik. –REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM