fb fb fb fb fb

Thaksin buat permohonan pengampunan diraja

(FOTO AFP)

BANGKOK, 31 Ogos - Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dijangka untuk membuat permohonan bagi mendapatkan pengampunan diraja.

Menurut peguamnya Wiyat Chart-montri, permohonan tersebut masih dalam peringkat dokumetasi dan menunggu arahan anak guamnya sebelum dikemukakan.

Thaksin yang sebelum ini dalam buangan di luar negara kembali ke Thailand, sebelum dibawa ke penjara bagi menjalani hukuman atas tuduhan salah guna kuasa setibanya di Bangkok.

Thaksin, bekas taikun telekomunikasi yang digulingkan tentera pada 2006 masih mempunyai pengaruh dalam politik Thailand dan kekal menjadi figura dalam kalangan rakyat negara berkenaan.

Kumpulan antiThaksin membuat petisyen untuk menghalang sebarang cubaan untuk mendapatkan pengampunan, dengan alasan kes rasuah tidak sepatutnya mendapat pengampunan.-REUTERS


(Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra/FOTO AFP)

 

Media Baharu