fb fb fb fb fb

Lima pekerja maut dirempuh kereta api

(FOTO AFP)

TURIN, 31 Ogos - Lima pekerja kereta api maut selepas dilanggar kereta api semasa sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan landasan di utara Itali.

Kereta api itu, yang mengangkut gerabak kosong di laluan Milan-Turin, dilaporkan bergerak dengan kelajuan 160 kilometer sejam sebelum melanggar para pekerja yang menggantikan bahagian trek berhampiran Brandizzo, di pinggir Turin.

RFI, syarikat yang menguruskan rangkaian kereta api Itali, mengesahkan lima pekerja penyelenggaraan meninggal dunia selepas kereta api berkenaan merempuh mangsa sejurus sebelum tengah malam.

Dalam satu kenyataan, RFI menyatakan kesedihan atas tragedi berkenaan dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan menegaskan siasatan sedang dijalankan terhadap insiden itu.

Pihak bomba mengesahkan lima pekerja terbunuh manakala dua lagi cedera.

Mayat lelaki yang dilaporkan berusia antara 22 hingga 52 tahun dikatakan diseret sejauh beberapa meter.

Pemandu kereta api yang mengalami kecederaan telah dirawat hospital dan kemudian dibenarkan pulang.

Datuk Bandar Turin, Paolo Bodoni menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi besar yang sangat mengejutkan.-AFP




(FOTO AFP)

 

Media Baharu