fb fb fb fb fb

Thailand lulus lanjutan tempoh visa, tingkat ketibaan pelancong

(FOTO AFP)

BANGKOK, 21 September - Thailand bakal memberikan pengecualian visa kepada pelancong dari 64 negara termasuk Malaysia bermula 1 Oktober ini.

Ini sebagai usaha negara itu untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong pada kemuncak musim pelancongan.

Keputusan itu sekali gus membolehkan pelancong tinggal di Thailand sehingga 45 hari berbanding tempoh semasa 30 hari.

Timbalan Jurucakap Kerajaan, Traisuree Taisaranakul berkata lanjutan sementara itu akan berkuat kuasa dari 1 Oktober hingga 31 Mac tahun depan.

(FOTO AFP)

"Thailand menyasarkan ketibaan sekurang-kurangnya 10 juta pelancong asing menjelang akhir tahun ini dengan 1.5 juta pelancong asing dari Oktober hingga Disember," katanya menerusi kenyataan.

Kabinet Thailand pada Selasa juga meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh visa semasa ketibaan yang terpakai kepada warganegara dari 19 negara termasuk India, Arab Saudi dan China daripada 15 hari kepada 30 hari.

Selain itu, pelawat dari negara atau wilayah masuk tanpa visa di bawah perjanjian dua hala tertentu akan dapat tinggal lebih lama daripada 30 hari kepada 45 hari.

Thailand turut bercadang mengeluarkan COVID-19 daripada senarai penyakit terlarang untuk warga asing yang masuk ke negara itu.

Rakyat asing yang memasuki negara itu mestilah bebas daripada penyakit kusta, batuk kering, untut, ketagihan dadah, alkoholisme dan sifilis tahap ketiga.-AFP

Media Baharu