PARIS, 7 Ogos – Perancis kini berdepan kebakaran hutan paling besar sejak hampir lapan dekad apabila api marak di selatan negara itu, mengorbankan seorang mangsa dan memusnahkan puluhan kediaman.
Kebakaran yang berlaku kira-kira 100 kilometer dari sempadan Sepanyol itu merebak dengan pantas disebabkan angin kencang dan tumbuhan kering selepas kawasan terbabit mengalami kemarau berpanjangan.
Pasukan bomba dibantu unit helikopter telah digerakkan untuk melakukan pengeboman air dari udara bagi memadamkan api.
Pihak berkuasa memaklumkan, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Menurut pakar iklim, rantau Mediterranean kini semakin terdedah kepada risiko kebakaran hutan berikutan musim panas yang lebih panas dan kering, kesan perubahan iklim global. -REUTERS