fb fb fb fb fb

Thailand catat kes pertama kematian varian Omicron

BANGKOK, 17 Januari - Thailand melaporkan kes kematian pertama akibat varian Omicron COVID-19.

Pejabat kesihatan di wilayah selatan Songkhla berkata, seorang wanita berusia 86 tahun dari Hatyai, yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech meninggal dunia akibat jangkitan Omicron pada 12 Januari lalu.

Mangsa yang juga pesakit Alzeheimer, dipercayai dijangkiti varian Omicron itu melalui cucunya.

Analisis tambahan di makmal menunjukkan wanita tersebut diuji positif bagi varian Omicron.

Kes pertama membabitkan varian Omicron dikesan di Thailand pada bulan lepas sekali gus merekodkan lebih 10,000 kes Omicron sehingga kini.

Sebanyak 8,077 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara berkenaan sejak 24 jam lalu dengan sembilan kematian.

Secara keseluruhan, Thailand telah merekodkan lebih 2.3 juta kes jangkitan dan 21,925 kematian setakat ini.

66 % daripada 72 juta penduduk negara itu telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19. Namun hanya 14.9 % telah menerima dos penggalak.

Media Baharu