fb fb fb fb fb

Semua tebusan di rumah ibadat Texas dibebaskan


FOTO AFP

TEXAS, 16 Januari - Semua tebusan yang ditahan di sebuah rumah ibadat di Texas, dibebaskan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Polis Colleyville, mengesahkan pembebasan tebusan berkenaan tidak memerlukan rawatan perubatan.

Perunding tebusan terus berdepan situasi tegang sejak semalam, susulan seorang individu mendakwa adik kepada pengganas yang disabitkan bersalah menuntut pembebasannya.

Seorang paderi dan beberapa individu lain ditahan sebagai tawanan oleh suspek.

Sementara itu menerusi twitter Setiausaha Akbar White House, Jen Psaki memaklumkan Presiden Joe Biden telah diberi taklimat berhubung situasi tebusan yang berlaku di Colleyville, kira-kira 40 kilometer dari barat Dallas.

"Suspek yang bersenjata itu juga mendakwa mempunyai bom di lokasi yang tidak diketahui," ABC News memetik sumber yang tidak dinyatakan.

Individu berkenaan mendakwa adik kepada Aafia Siddiqui yang digelar 'Wanita Qaeda' oleh tabloid Amerika Syarikat yang menuntut pembebasan kakaknya dari penjara.

Media Baharu