fb fb fb fb fb

Jepun dilanda tsunami, tempias letusan gunung berapi di Tonga


FOTO AFP

TOKYO, 16 Januari - Tsunami melanda Jepun malam tadi, susulan letusan gunung berapi di Tonga.

Agensi Meteorologi Jepun mengesahkan tsunami setinggi 1.2 meter itu melanda kepulauan selatan, Amami kira-kira pukul 11.55 malam, waktu tempatan.

Tsunami lebih kecil, juga dilapor berlaku di beberapa kawasan di sepanjang perairan Pasifik melibatkan kawasan pesisir pantai Hokkaido dan kepulauan barat daya Kochi serta Wakayama yang menyaksikan tsunami setinggi 0.9 meter sejurus tengah malam.

Terdahulu, gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai yang terletak kira-kira 65 kilometer ke utara ibu negara Tonga, Nuku'alofa, meletus mengeluarkan asap dan debu setinggi beberapa kilometer ke ruang udara.

Ia mencetuskan gelombang tsunami di kepulauan Pasifik Selatan dan amaran tsunami sehingga ke pesisir pantai Barat Amerika Syarikat.

Amaran tsunami dikeluarkan di Samoa, New Zealand, Fiji, Vanuatu, Chile dan Australia.

 

Media Baharu