fb fb fb fb fb

Bekas senator Haiti ditangkap JCF bagi siasatan kes pembunuhan Jovenel Moise


FOTO AFP

MIAMI, 16 Januari - Bekas senator Haiti, John Joel Joseph ditangkap pihak berkuasa Jamaica semalam bagi siasatan kes pembunuhan presidennya.

Joseph yang turut merupakan suspek terhadap kes berkenaan ditangkap pada petang Jumaat, lapor Pasukan Constabulary Jamaica (JCF) dalam satu kenyataan.

"JCF boleh mengesahkan bahawa seorang warga Haiti, Jean Joel Joseph dan tiga lagi ahli keluarganya telah ditangkap di Jamaica atas tuduhan berkaitan imigresen," kata kenyataan itu.

Penyiasat Jamaica menghubungi pihak berkuasa Haiti yang menyatakan Joseph 'dikehendaki di Haiti sebagai suspek dalam dakwaan pembunuhan Presiden Haiti pada 2021'," tambahnya.

Bekas penggubal undang-undang itu ditangkap di sebuah rumah di St Elizabeth, di barat daya pulau terbabit.

Sumber itu berkata, polis Jamaica bertindak bersama 'rakan kongsi penguatkuasa undang-undang antarabangsa' dan bahawa 'penyiasatan bersama' telah dijalankan.

Presiden Haiti, Jovenel Moise terbunuh dalam satu serangan ceroboh masuk di kediamannya melibatkan 20 lelaki bersenjata pada 7 Julai 2021.

Selain itu, isterinya turut dilaporkan cedera parah.

Meski puluhan suspek telah ditangkap, kes pembunuhan itu masih kabur dalam mencari dalang yang mengarahkannnya.

Waran tangkap dikeluarkan untuk Joseph sejurus selepas pembunuhan itu, dengan pihak berkuasa menyifatkan dia sebagai 'bersenjata dan berbahaya'.

Joseph adalah seorang senator pembangkang dan pengkritik keras presiden.

Lebih 40 orang, termasuk lebih daripada 10 warga Colombia dan beberapa warga Amerika yang berasal dari Haiti, telah ditangkap berkaitan dengan pembunuhan itu. - AFP

 

 

Media Baharu