fb fb fb fb fb

Thailand berusaha elak kebocoran tangki simpanan minyak

(FOTO HIASAN)

BANGKOK, 17 Mac- Pihak berkuasa Thailand berusaha keras mengelakkan kebocoran tangki simpanan minyak yang mengangkut 400,000 tong minyak mentah.

Seorang kru terbunuh selepas air laut memasuki kapal The Benchamas 2 apabila penapis tidak berfungsi ketika kerja penyelenggaraan awal minggu ini.

Jurucakap tentera laut, Prokgrong Monthatphalin, dalam satu kenyataan, berkata pelbagai agensi sedang berusaha mendapatkan mayat mangsa, memperbaiki penapis dan mengelakkan kebocoran minyak.

"Bagaimanapun, keadaan kapal berkenaan selamat dan cuaca tidak menjejaskan operasi menyelamat.

"Namun, tiada bekalan elektrik di bilik enjin kapal dan ini menjejaskan penilaian keadaan semasa," katanya.

Dikendalikan oleh salah satu unit Chevron, kapal berusia 25 tahun itu mempunyai keupayaan menyimpan 650,000 tong dan beroperasi di pelantar minyak the Benchamas di Blok B8/32 di Teluk Thailand.

Ia terletak kira-kira 207 kilometer dari Sattahip di Chon Buri, di mana terletaknya pangkalan tentera laut terbesar Thailand.

Chevron, dalam satu kenyataan, meluahkan kesedihan atas kematian kru kapal berkenaan iaitu seorang kontraktor, dan memaklumkan semua kakitangan tidak penting dipindahkan dari kapal berkenaan.

"Keselamatan semua dan perlindungan alam sekitar kekal menjadi keutamaan tertinggi dan kami sudah menghubungi serta memaklumkan pihak berkuasa berkenaan termasuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan," katanya. - REUTERS


(FOTO FAIL/ REUTERS)

Media Baharu