BUENOS AIRES, 6 Jun- Bekas pemain bola sepak kebangsaan Argentina, Carlos Tevez mengumumkan persaraan.
Pemain berusia 38 tahun itu berkata dalam sebuah rancangan televisyen di Argentina bahawa dia tidak akan bermain secara profesional lagi.
Tevez telah membuat 76 kali penampilan bersama La Albiceleste, termasuk di dua Piala Dunia selain menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004.
Di peringkat kelab, dia memulakan kariernya bersama Boca Juniors, selain pernah beraksi bersama Corinthinas, West Ham, Manchester United, Manchester City dan Juventus.
(Foto fail REUTERS)
Pada tahun 2018, dia sekali lagi menyertai Boca Juniors selepas dua musim beraksi di Liga Super China bersama Shanghai Shenhua.
Namun pada 2021, kematian bapa angkatnya akibat COVID-19 memberi kesan besar buat diri pemain itu sehingga dia membuat keputusan meninggalkan Boca.
Kini dia merancang untuk menjadi jurulatih.-REUTERS