PARIS, 6 Jun- Rafael Nadal memenangi Terbuka Perancis buat kali ke-14 sekaligus menambah koleksi kejuaraan Grand Slam ke-22 selepas menundukkan Casper Ruud straight set.
Kemenangan tersebut menyaksikan Nadal menjadi juara lelaki tertua di Roland Garros.
Nadal menang 6-3, 6-3, 6-0.
(Aksi Nadal ketika menentang Ruud pada Terbuka Perancis / Foto AFP)
Kejayaan itu hadir 17 tahun selepas beliau memenangi Terbuka Perancis buat kali pertama pada 2005 ketika berusia 19 tahun.
Nadal kini mendahului dua Slams berbanding pencabarnya, Novak Djokovic dan Roger Federer. -AFP