fb fb fb fb fb

Tesla naikkan harga kereta di Kanada mulai Februari

Foto Fail

OTTAWA, 23 Januari- Tesla akan menaikkan harga bagi semua model keretanya di Kanada mulai 1 Februari.

Perkara itu dimaklumkan menerusi notis di laman web rasmi syarikat itu di Kanada.

Harga bagi Model 3 dijangka meningkat sehingga C$9,000 (RM29,297.50) manakala varian Model Y akan naik sehingga C$4,000 (RM13,021).

Semua versi Model S dan Model X juga akan mengalami kenaikan harga sebanyak C$4,000.

Tesla tidak memberikan alasan bagi kenaikan harga itu.

Syarikat berkenaan tidak menghasilkan kenderaan di Kanada dan mengimport dari kilang di negara lain.

Namun, tidak jelas berapa banyak kereta Tesla yang dieksport ke Kanada dari kilang di Shanghai, China dan kilang di Amerika Syarikat.

Tesla tidak memberi maklum balas terhadap permintaan komen daripada Reuters di luar waktu operasi biasa.

Langkah tidak dijangka Tesla untuk menaikkan harga ini dibuat ketika Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, menegaskan pada Selasa bahawa kerajaan beliau bersedia bertindak balas jika Presiden AS, Donald Trump, mengenakan tarif 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai 1 Februari.

Kanada sudah pun mengenakan tarif 100 peratus ke atas import kenderaan elektrik dari China termasuk kereta Tesla yang dihasilkan di Shanghai.-REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM