fb fb fb fb fb

Tesla 'autopilot' dilancar di China, saingi pengeluar tempatan

FOTO REUTERS

BEIJING, 25 Februari- Syarikat gergasi kenderaan elektrik Amerika Syarikat, Tesla, mula menawarkan fungsi pemanduan sendiri canggih untuk keretanya di China, termasuk ciri autopilot di jalan raya bandar, menurut pengumuman syarikat pada Selasa.

Fungsi yang digambarkan dalam kenyataan Tesla itu serupa dengan keupayaan "Full Self-Driving" (FSD) yang ditawarkan di Amerika Syarikat.

Namun, kereta yang dilengkapi keupayaan ini bukanlah sepenuhnya autonomi dan masih memerlukan pemandu untuk memberi perhatian dan mengawasi pergerakan kenderaan.

Tesla menerusi kenyataan di laman WeChat memaklumkan, kemas kini perisian itu akan diperkenalkan secara berperingkat, termasuk fungsi "Autopilot" automatik di jalan raya bandar serta ciri cermin pandang belakang yang mampu mengesan sama ada pemandu memberi perhatian atau tidak.

"Kemas kini ini sudah pun dikeluarkan untuk beberapa model kereta, dan akan dilancarkan secara berperingkat kepada model-model lain yang sesuai," menurut kenyataan Tesla.

China merupakan pasaran utama bagi Tesla, di mana syarikat itu memiliki dua kilang dan sedang berusaha bersaing dengan pengeluar tempatan yang berkembang pesat.

Tesla juga dilaporkan sedang berusaha mendapatkan kelulusan bagi fungsi FSD di China, yang perlu mematuhi undang-undang ketat berkaitan data dan privasi di negara itu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE