fb fb fb fb fb

Terperangkap dalam perigi empat hari, Rahul Sahu berjaya diselamatkan

(FOTO AFP)

RAIPUR, 15 Jun- Selepas 4 hari terperangkap dalam perigi sempit, Rahul Sahu akhirnya berjaya diselamatkan.

Kanak-kanak lelaki kurang upaya berusia 10 tahun itu mengalami masalah pendengaran dan pertuturan telah terjatuh ke dalam perigi sedalam 24 meter petang Jumaat lalu.

Beliau ketika itu sedang bermain di halaman belakang rumahnya di wilayah tengah, Chhattisgarh.

(FOTO AFP)

Sahu ditemukan Pasukan Kecemasan dalam keadaan lemah dan telah dikejarkan ke hospital di daerah berdekatan.

Sepanjang operasi menyelamat, jentera penolak tanah dan kren digunakan bagi menggali terowong di sebelah telaga, dengan kelebaran yang kecil.

Cuaca buruk serta ancaman ular berbisa dan kala jengking yang ditemui ketika penggalian turut menghalang usaha menyelamat.

Kamera digunakan untuk memantau keadaan dan pergerakan Sahu, selain paip oksigen disediakan bagi menyalurkan udara segar kepadanya ketika usaha menyelamat dijalankan. -AFP


Media Baharu