fb fb fb fb fb

Lapan maut kebakaran restoran bawah tanah

Tehran, 15 Jun- Empat kanak-kanak antara lapan individu yang maut akibat terhidu asap selepas kebakaran memusnahkan restoran bawah tanah yang menganjurkan parti hari jadi di luar Tehran, lapor media kerajaan pada Rabu.

Kebakaran berlaku pada petang Selasa di bandar Andisheh di barat ibu negara, lapor agensi berita rasmi IRNA.

“Tujuh orang maut di tempat kejadian dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia di hospital,” kata pegawai Bulan Sabit Merah wilayah Tehran, Shahin Fathi.

Pendakwa raya daerah Hamid Asgari berkata, api merebak dengan cepat ke seluruh restoran.-AFP

 


GAMBAR HIASAN

Media Baharu