fb fb fb fb fb

AS berdepan cuaca panas melebihi 38 darjah celsius

(FOTO AFP)

TEXAS, 15 Jun- Amerika Syarikat kini berdepan cuaca panas apabila suhu dijangka akan melonjak melebihi 38 darjah celsius.

Ini susulan gelombang haba panas melampau yang sedang melanda barat daya dan tengah negara tersebut

Jabatan Kesihatan Houston ketika ini telah mengaktifkan pelan kecemasan haba, dengan membuka pusat penyejukan untuk keperluan penduduk.

Menurut jurucakap Jabatan Kesihatan Houston, kesan haba itu akan menyebabkan keletihan atau strok haba, yang seterusnya boleh membawa maut.

(FOTO AFP)

Cuaca panas dijangka berpanjangan di Barat Daya dan beberapa bahagian di Texas.

Perkhidmatan cuaca menjangkakan lebih banyak kawasan akan mencatatkan suhu lebih tinggi dalam beberapa hari akan datang.

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di rumah selain mengamalkan penjagaan kesihatan kendiri. -AFP

Media Baharu