fb fb fb fb fb

Presiden China bertemu pemimpin IOC di Guangzhou

FOTO REUTERS

GUANGDONG, 9 November - Presiden China, Xi Jinping bertemu Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Kirsty Coventry, serta Presiden Kehormat Seumur Hidup IOC, Thomas Bach, di Guangzhou pada Ahad.

Menurut Xi, kehadiran Coventry dan Bach menunjukkan sokongan penuh terhadap pembangunan sukan di China, selain menunjukkan hubungan erat antara China dan IOC.

"Sukan Kebangsaan ke-15 yang akan dirasmikan ini merupakan acara pelbagai sukan terbesar dan bertaraf tertinggi di China.

"Selamat datang untuk bersama rakyat China menyaksikan pencapaian baharu negara ini (China) dalam pembangunan sukan pada era baharu serta semangat baharu yang ditonjolkan oleh para atlet China," katanya di sini.

Terdahulu, Coventry dan Bach berada di China bagi menghadiri majlis pembukaan Sukan Kebangsaan ke-15.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM