fb fb fb fb fb

New Delhi dilanda jerebu tebal

FOTO REUTERS

NEW DELHI, 9 November - Jerebu tebal menyelubungi langit ibu negara India, New Delhi, pada Ahad apabila kualiti udara mencatatkan bacaan membimbangkan.

Indeks Pencemaran Udara merekodkan bacaan 383, menjadikan New Delhi antara kawasan bandar paling tercemar di dunia.

Penduduk tempatan mengadu mengalami masalah kesihatan, termasuk batuk teruk dan pedih mata, akibat pencemaran udara tersebut.

Ibu negara India serta daerah bersebelahan berisiko mengalami jerebu tebal setiap musim sejuk apabila udara sejuk memerangkap habuk pembinaan, asap kenderaan dan asap daripada pembakaran pertanian.

Keadaan itu menjejaskan ramai daripada 20 juta penduduk dengan masalah pernafasan.

Pencemaran udara turut mengurangkan jarak penglihatan di beberapa lokasi pada awal pagi. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM