fb fb fb fb fb

Bantuan keselamatan tambahan ke Ukraine sedang dipertimbang

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 15 Jun- Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin, dan rakan sejawatannya dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), bersama rakan kongsi lain akan bersidang di Brussels dalam masa terdekat.

Ini bagi membincangkan mengenai bantuan keselamatan tambahan ke Ukraine dan kedudukan pasukan pakatan tentera di Eropah Timur.

Pertemuan itu berlangsung beberapa minggu selepas Kongres Amerika Syarikat meluluskan bantuan AS$40 bilion untuk Ukraine.


(Foto fail/ AFP)

Mesyuarat Kumpulan Hubungan Pertahanan Ukraine akan diadakan pada Rabu, melibatkan penyertaan wakil dari hampir 50 negara yang sedang memberikan beberapa jenis bantuan kepada Ukraine.

Menurut Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg, kumpulan hubungan di Ukraine akan membincangkan untuk membekalkan Kyiv dengan senjata berat.

Dalam masa sama sekutu NATO akan mengkaji keperluan jangka panjang dan jangka pendek NATO sepanjang kedudukannya di Eropah. -AFP

Media Baharu